Hari semakin hari, usia semakin menambah, pemikiran semakin matang dan kemahuan semakin inginkan kebebasan mungkin.. Makin lama, hubungan kami makin jauh, mungkin dek kerana kurg selesa kerana jarang berjumpa dan berhubung. Yelah, duk asrama, sambung U, belajar jauh². Dan mungkin ada peristiwa juga yg membuatkan aku rasa kurang selesa.
Tapii, bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Kini, aku mula merasakan dahaga kasih sayangnya. Sampai bila aku mahu begitu kan? Kadang2 aku mula hubunginya, aku bertanya khabar, aku buang sifat egoku.
Aku sayang dia. Aku cinta dia. Semoga dia berada dlm jagaanNya sentiasa. Sihatkan dia selalu. Berilah kekuatan fizikal, ketabahan hati dan kesabaran jiwa buatnya sentiasa. Allah, tolong jagakan dia buatku. Dialah nendaku.... Kite sayang nenek 💕💕💕

