!...wElcOme 2 mY wEbsiTe...!

teriMa kAsih kErAna sudi mEmbAce bLog syE yG xsEbErapA iNi...!
~ngEe~

Friday, November 23, 2018

Hiking Bukit Maras, Ganu

Hiking Bukit Maras... Tak tahu lah berapa banyak berhenti rehat tadi.. Tak larat sangat.. 😅 Pancit cepat sangat.. Almaklumlah, jarang2 pi jogging.. Setiap sem sekali je kot.. 😂 setiap kali berhenti rehat tuh, terfikir nak give up je, nak turun patah balik.. Tapi bila difikirkan semula, aku dah daki jauh sampai tahap tuh kot, takkan senang2 nak patah balik. Sia-sia lah nanti.. 😢

Macam tuh juga kehidupan, lebih2 lagi dalam tempoh melanjutkan pelajaran skrg nih, setiap kali nak give up, aku cuba positifkan balik minda, takkan lah senang2 aku nak berhenti dan patah balik.. Dah jauh aku lalui semua nih.. Manjakan diri, bgtahu dlm hati, sikit lagi, sikit je lagi nak sampai dan habes ke penghujungnya.. Sabar ye duhai hati dan diri.. 😊

Sebuah perjuangan itu perlu ada pengorbanan. Ya, perngorbanan tenaga, masa, harta dan lain-lain. Moga semuanya bermanfaat dan dpt dimanfaatkan utk diri dan org lain.. Dah boleh fikir secara serius hala tuju masa depan, taknak tanam anggur lama sangat.. Moga semuanya dipermudahkan..

#bukitmarasGanu
#23november18
#doakansaya







Sedikit memori hikinghBukit Maras.. Memang penat bg yg tak biasa. Tapi bila dah sampai atas rasa gembira.  😍

Friday, November 9, 2018

My Nenda 💕

Ada seorang insan. Dulu sewaktu kecilku, daku sangat rapat dengannya.. Walaupun kami duduk berjauhan, boleh dikatakan hampir setiap hujung mingguku aku bersama keluarga akan menginap dirumahnya.

Hari semakin hari, usia semakin menambah, pemikiran semakin matang dan kemahuan semakin inginkan kebebasan mungkin.. Makin lama, hubungan kami makin jauh, mungkin dek kerana kurg selesa kerana jarang berjumpa dan berhubung. Yelah, duk asrama, sambung U, belajar jauh². Dan mungkin ada peristiwa juga yg membuatkan aku rasa kurang selesa.

Tapii, bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Kini, aku mula merasakan dahaga kasih sayangnya. Sampai bila aku mahu begitu kan? Kadang2 aku mula hubunginya, aku bertanya khabar, aku buang sifat egoku.

Aku sayang dia. Aku cinta dia. Semoga dia berada dlm jagaanNya sentiasa. Sihatkan dia selalu. Berilah kekuatan fizikal, ketabahan hati dan kesabaran jiwa buatnya sentiasa. Allah, tolong jagakan dia buatku. Dialah nendaku.... Kite sayang nenek 💕💕💕