!...wElcOme 2 mY wEbsiTe...!

teriMa kAsih kErAna sudi mEmbAce bLog syE yG xsEbErapA iNi...!
~ngEe~

Friday, November 23, 2018

Hiking Bukit Maras, Ganu

Hiking Bukit Maras... Tak tahu lah berapa banyak berhenti rehat tadi.. Tak larat sangat.. 😅 Pancit cepat sangat.. Almaklumlah, jarang2 pi jogging.. Setiap sem sekali je kot.. 😂 setiap kali berhenti rehat tuh, terfikir nak give up je, nak turun patah balik.. Tapi bila difikirkan semula, aku dah daki jauh sampai tahap tuh kot, takkan senang2 nak patah balik. Sia-sia lah nanti.. 😢

Macam tuh juga kehidupan, lebih2 lagi dalam tempoh melanjutkan pelajaran skrg nih, setiap kali nak give up, aku cuba positifkan balik minda, takkan lah senang2 aku nak berhenti dan patah balik.. Dah jauh aku lalui semua nih.. Manjakan diri, bgtahu dlm hati, sikit lagi, sikit je lagi nak sampai dan habes ke penghujungnya.. Sabar ye duhai hati dan diri.. 😊

Sebuah perjuangan itu perlu ada pengorbanan. Ya, perngorbanan tenaga, masa, harta dan lain-lain. Moga semuanya bermanfaat dan dpt dimanfaatkan utk diri dan org lain.. Dah boleh fikir secara serius hala tuju masa depan, taknak tanam anggur lama sangat.. Moga semuanya dipermudahkan..

#bukitmarasGanu
#23november18
#doakansaya







Sedikit memori hikinghBukit Maras.. Memang penat bg yg tak biasa. Tapi bila dah sampai atas rasa gembira.  😍

Friday, November 9, 2018

My Nenda 💕

Ada seorang insan. Dulu sewaktu kecilku, daku sangat rapat dengannya.. Walaupun kami duduk berjauhan, boleh dikatakan hampir setiap hujung mingguku aku bersama keluarga akan menginap dirumahnya.

Hari semakin hari, usia semakin menambah, pemikiran semakin matang dan kemahuan semakin inginkan kebebasan mungkin.. Makin lama, hubungan kami makin jauh, mungkin dek kerana kurg selesa kerana jarang berjumpa dan berhubung. Yelah, duk asrama, sambung U, belajar jauh². Dan mungkin ada peristiwa juga yg membuatkan aku rasa kurang selesa.

Tapii, bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Kini, aku mula merasakan dahaga kasih sayangnya. Sampai bila aku mahu begitu kan? Kadang2 aku mula hubunginya, aku bertanya khabar, aku buang sifat egoku.

Aku sayang dia. Aku cinta dia. Semoga dia berada dlm jagaanNya sentiasa. Sihatkan dia selalu. Berilah kekuatan fizikal, ketabahan hati dan kesabaran jiwa buatnya sentiasa. Allah, tolong jagakan dia buatku. Dialah nendaku.... Kite sayang nenek 💕💕💕





Saturday, September 15, 2018

Ujian Dalam Kehidupan

🌸 Kehidupan 🌸


its me now. Moga aku terus kuat berdiri. 😊


Yg dinamakan kehidupan itu, sememang tidak akan lari dari ujian.

Setiap hari, aku makin membesar dewasa. Dan semakin aku bertambah dewasa, selama itu juga ada saja ujian yg dtg.

Di saat ku ingin rebah, ada yg memimpin
Di saat ku tiba2 tersungkur ingin mendaki, aku cuba bangun semula.
Jika sukar, aku cuba memegang erat tali, menjejak dan mengikut semula jalanNya.
Alhamdulillah, aku mampu harunginya walaupun sukar pada saat diuji itu.

Semakin lama, aku semakin faham erti kehidupan.

DIA memberi ujian kepada setiap hamba²Nya. Mengikut kemampuan! Sesukar manapun di saat kita diuji, apa jua jenis ujian, aku tahu, kita semua mampu harunginya. Percayalah pada diri.

Positifkan cara kita berfikir. Banyakkan bersabar.

Setiap ujian yg Dia turunkan itu bersebab, utk memberi pengajaran buat kita. Pandanglah ia dgn hikmah.

Ujian yg Dia berikan setiap masa semakin besar/berat. Namun ia bukanlah utk melemahkan hambaNya. Malah utk meningkatkan iman dan darjat seseorang hambaNya.

Pandanglah ke hadapan. Pandang dengan positif. Pandang dgn Husnu Zhon. Bersangka baiklah dgn NYA, Sang Pencipta.

Ya, sebenarnya kadang-kala aku risau utk membesar. Risau dengan ujian yg semakin mencabar semestinya. Tapi, aku mengerti, itu lah kehidupan. Cuma aku takut aku tak mampu. Tapi aku tenangkan hati dgn mengingati janji²Nya. DIA tidak akan menguji dgn apa yg kita tidak mampu. Ujian itu utk mematangkan.

Semoga aku dan kau semakin kuat mengharungi ujian. Semakin tinggi tingkat kesabaran kita. Kerana ujian itu utk meningkatkan iman dan darjat kita di sisiNya.


Nih selfie tengah duduk kepenatan lepas jalan cuci mata dekat Sogo KL. 😅 inilah kehidupan, bila letihrehat sekejap. 


#kehidupan💕
#ujian💕
#keranakehidupanbukansekadarapayangkitalihat💕
#kehidupanjugaadalahapayangkitarasa💕
#nabilahazizan💕
#akusekarang💕
#gambartakdekaitandengancaption💕

Thursday, September 6, 2018

2018 ~ cOmebAck

Halloooooo. Im comeback.

Haha. Setelah berapa tahun ye? 😅 ini just posting yg simple je. Nak bagitahu yg saya dah 2️⃣3️⃣ tahunnnnnnnnn.. Still muda lagi okay.. 😅😁

Bergambar dekat majlismtunang member.. 😄

Tengah hiking bukit keluang. Penatnya macam apatah😂