!...wElcOme 2 mY wEbsiTe...!

teriMa kAsih kErAna sudi mEmbAce bLog syE yG xsEbErapA iNi...!
~ngEe~

Monday, May 26, 2014

~ Warkah Buat Umi Abah ~



 
Umi Abah ku yang disayangi,  

Assalamualaikum. .

Umi Abah,, kalian insan yAng paling penting dan bermakna dalam hidupku. tanpa kalian, aku hanya seorang insan yang tiada asal usul, tanpa kalian, aku tidak mungkin berada dimana tempat aku berada sekarang. tahukah kalian, aku amat menyayangi kalian !? Maaf ku mohon dari hujung rambut hingga ke hujung kaki hingga ke hujung nyawaku, ku tahu, sudah terlalu banyak perkara yang aku lakukan yang membuatkan kalian bersedih hati.
Wahai orang tuaku, ku sedar diri ini tidak mampu menjadi seorang anak yang solehah yang membahagiakan kalian didunia ini. maafku pinta dari dalam hatiku.
Wahai orang tuaku, dari kecil hingga dewasa, sudah terlalu banyak kau mengajarku erti kehidupan. mengajarku bagaimana untuk menjadi seorang insan yang berguna yang menghargai insan yang lain termasuklah kalian berdua. Tetapi, aku masih lalai. Lalai dengan dunia yang sementara ini.
Aku lupa akan perintah Tuhan yang Esa :



Wahai orang tuaku, terima kasih atas segalanya, kalian adalah insan yang tidak mungkin aku bisa lupakan. Ya. Aku jarang menghubungi kalian. Tetapi, dari dalam lubuk hati ini, bukan sengaja aku ingin melakukan itu. Aku memikirkan kalian yang mungkin keletihan yang seharian berkerja semata-mata untuk menyara aku serta abang, kakak, dan adik-adikku yang lain. kalian terlalu letih. maaf kerana aku sering buat kalian letih. terima kasih kerana berkorban untuk kami.
Wahai orang tuaku, aku cuba untuk beri yang terbaik untuk kalian. tetapi hanya ini yang kalian lihat yang aku mampu. terima kasih kerana menerima aku dan adik-beradikku yang lain seadanya. Terima kasih kerana tanpa rasa jemu, kalian melayan kerenah kami ini. terima kasih. . terima kasih. . terima kasih. .

satu perkara yang aku ingin kalian tahu, wajah kalian, sering bermain dalam kotak fikiranku kerna ku sayang kalian selamanya.. . :D